Di mahkamah berasingan, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000 berkaitan jana wibawa.<br /><br />Bagaimanapun, Adam Radlan, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sebuah Syarikat, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussain.